Tuesday, 15 October 2013

Foto Dendam

Berderau juga darah ku melihat foto mu
Cuba berlagak tenang
Tapi mana mahunya
Seperti gunung Argopuro
Tidak akan berhenti dendam ini

Engkau bisa berkata 
Tidak ada apa
Tapi hati aku ini

Ahhhhh

Aku lupa 
Engkau bukan aku yang punya


Monday, 7 October 2013

Siapa anjing ni?

Aku baru lepas lepas tengok video anjing liar kena tangkap dengan satu MP yang aku rasa diorang ni takpernah tengok langsung Nat Geo atau belajar sivik.

Kejam. Perangai serupa setan. Itu je aku nak cakap.

p/s: Aku pernah kongsi sebotol air mineral dengan seekor anjing kurap semasa di kaki Gunung Nuang. Tapi kami tak cemolot pun.

Tuesday, 24 September 2013

Pisangthrophobia

Kau datang
Ya,
Aku minta
Kau pergi
Tanpa diduga
Terpinga pinga
Menanya salah
Apa aku tak cukup benar
Aku tunggu
Dalam tunggu
Manusia lain
Terima padah
Pada kau
Aku letak salah
Pergi mati semua

Monday, 16 September 2013

Pengemis buta

Pengemis buta
Di pasar malam
Duduk menanti
Rokok di tangan kiri
Tergerak jugak di hati ini
Untuk sedih
Atau mengata
Pengemis buta
Pergi mati apa orang nak kata
Nahh 2 keping
Nahh 2 batang
YaTuhan gembiranya dia
Terkekek berkata
Satu saja cukup nak
Tidak mengapa
Kita mati sama-sama
Bukan rokok
Tapi kerana
Ajal yang kunjung tiba

Bisnes

Come on, orang bisnes takboleh bazirkan masa sesuka hati.. Masa itu emas. Emas itu 999. 999 sekarang RM 175/gram. Rugi-rugi.



p/s: harga emas berubah mengikut pasaran semasa

Saturday, 14 September 2013

Basah

Pulas
Jirus air laju
Menerjah ubun tua ku
Terduduk
Berfikir setiap titis
Apa makna
Datang pergi
Benar salah
Basah juga akhirnya

Psikosis

Sendiri
Aku fikir
Gila aku buat diri ini
Dapat, aku campak
Datang, aku sepak
Terkadang terlintas
Apa benar aku gila?