Tuesday, 15 October 2013

Foto Dendam

Berderau juga darah ku melihat foto mu
Cuba berlagak tenang
Tapi mana mahunya
Seperti gunung Argopuro
Tidak akan berhenti dendam ini

Engkau bisa berkata 
Tidak ada apa
Tapi hati aku ini

Ahhhhh

Aku lupa 
Engkau bukan aku yang punya


Monday, 7 October 2013

Siapa anjing ni?

Aku baru lepas lepas tengok video anjing liar kena tangkap dengan satu MP yang aku rasa diorang ni takpernah tengok langsung Nat Geo atau belajar sivik.

Kejam. Perangai serupa setan. Itu je aku nak cakap.

p/s: Aku pernah kongsi sebotol air mineral dengan seekor anjing kurap semasa di kaki Gunung Nuang. Tapi kami tak cemolot pun.

Tuesday, 24 September 2013

Pisangthrophobia

Kau datang
Ya,
Aku minta
Kau pergi
Tanpa diduga
Terpinga pinga
Menanya salah
Apa aku tak cukup benar
Aku tunggu
Dalam tunggu
Manusia lain
Terima padah
Pada kau
Aku letak salah
Pergi mati semua

Monday, 16 September 2013

Pengemis buta

Pengemis buta
Di pasar malam
Duduk menanti
Rokok di tangan kiri
Tergerak jugak di hati ini
Untuk sedih
Atau mengata
Pengemis buta
Pergi mati apa orang nak kata
Nahh 2 keping
Nahh 2 batang
YaTuhan gembiranya dia
Terkekek berkata
Satu saja cukup nak
Tidak mengapa
Kita mati sama-sama
Bukan rokok
Tapi kerana
Ajal yang kunjung tiba

Bisnes

Come on, orang bisnes takboleh bazirkan masa sesuka hati.. Masa itu emas. Emas itu 999. 999 sekarang RM 175/gram. Rugi-rugi.



p/s: harga emas berubah mengikut pasaran semasa

Saturday, 14 September 2013

Basah

Pulas
Jirus air laju
Menerjah ubun tua ku
Terduduk
Berfikir setiap titis
Apa makna
Datang pergi
Benar salah
Basah juga akhirnya

Psikosis

Sendiri
Aku fikir
Gila aku buat diri ini
Dapat, aku campak
Datang, aku sepak
Terkadang terlintas
Apa benar aku gila?

Wednesday, 11 September 2013

Sangap

Lambat aku bangun tidur pagi tadi.
Kelam kabut aku gosok gigi cuci muka.
Tengok cermin. Cilake! Seketul jerawat baru naik.
Aku picit-picit, kat situ saja dah makan 15minit.
Aku lambat pergi kerja harini.

Seusai sampai di tempat kerja, aku check beg.
Cari dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang.
Arghhh, aku tertinggal.
Aku salahkan jerawat baru naik pagi tadi.

Satu hari kepala aku menggigil sangap.
Aku tahan aku tahan.
Banyak kerja aku takfokus harini.
Aku sangap.


Wednesday, 4 September 2013

Mendeka!

"Tak, yang sosialis ni susah sangat nak mengaku kita dah merdeka kenapa?" tanya Jon kepada Mat sambil mengilatkan boot Dr. Marten nya.

Mat sambil menghembuskan asap rokok Gudang Garamnya menjawab,
"Entahlaah."

PANGGGG!

Mat tersungkur dirembat Jon yang sepintas lalu dah siap menyarungkan boot nya.

Mat buka pintu rumah, depa tangan 45darjah kehadapan menjerit, Mendeka, Mendeka, Mendeka!

Sedikit Ucapan

"Tahniah kepada mereka yang berpeluang sambung belajar ke IPTA. Alhamdulillah merit menyebelahi anda, bukan ikut fahaman politik anda. Bersyukurlaah."

Kah kah kah. Macam lanjiao wor phu sher taw ucapan gua tadi. macai detected.

Yang tiada rezeki sambung belajar ke IPTA lagi, takpe jangan putus asa. Bak kata rapper Malique..

"Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman, bercakap dan bersalaman"

Yang paling penting jangan sesekali meninggi diri dengan apa yang kita sudah ada. Ingat, ilmu yang paling bermanfaat bukan ilmu bawak masuk kubur tapi ilmu yang bermanfaat bila ilmu itu digunakan kembali untuk membantu masyarakat sekeliling.

Lepastuh engko nak bawak masuk kubur engko bawaklaah, aku kisah apa. keh keh keh

Saturday, 6 April 2013

Apa Kata-kata?


Orang kata payah nak jumpa lelaki perempuan
jadi bestfriend
Orang kata lumrah manusia normal
ingin berkawan tak kira bulu
Orang kata lelaki guna taktik berkawan
untuk pergi lebih jauh
Orang kata perempuan guna taktik berkawan
untuk mengelak pergi lebih jauh
Orang kata lelaki perempuan yang jujur berkawan rapat
selalu lepak di luar kotak
Tak menempurung bersama katak
Orang kata mereka ni mesti power
boleh sembang sama sama tanpa ada rasa apa apa

Tapi

Mereka tak kata perhubungan sebegini
itu semua anugerah Tuhan Yang Maha Esa Maha Merancang
Mereka tak kata perhubungan macam ini
Banyak tembok dan longkangnya
Mereka tak kata yang perempuan ni
banyak kerenahnya
Mereka tak kata yang lelaki ni
baik sangat ke perangainya
Mereka tak kata ego lelaki perempuan ni tinggi rendah sama
Mereka tak kata hati manusia ni susah nak dibaca
Mereka tak kata yang dahulu mereka pun begitu juga

Tapi

Aku kata is not impossible
Aku kata ini lah life
Whether you are not survive
Or you lose
Aku kata bosan lah
hari-hari sembang kerja
Aku kata dah macam orang tua lah
hari-hari sembang pasal senggama
Aku kata macam hebatlah 
hari-hari sembang snooker
Aku kata hidup jangan ditakuk yang sama
Aku kata manusia mana tiada problem
cuma jangan tengok pada problem tengok pada solution
Aku kata memang macam ni, taksuka tak apa, boleh bawa bincang, kita open table
Aku kata takbanyak, sembang je lebih
Kbye

Cerita sini habis sini: Aku tahu ramai kata macam cilaka menyesal aku baca :P

Saturday, 30 March 2013

Ke Garisan, Sedia, Mula

Ok guys, ni taktahu laa belog keberapa gua buat pasal sebelum ni gua main-main je buat belog. Tapi kalau lu orang jumpa yang belen-belen gua tuh nanti halo-halo, boleh gua spam. ngeh ngeh ngeh

So kali ni gua rasa dah boleh serius kot sebab gua dah boring dok ngadap tivi tivi tivi. Tak berkembang otak gua yang makin mengecil ni.

Jadi nak taknak gua cuba paksa diri ni. Paksa, hadap, tempuh. Satu kata dalam dimensi sama. Hah dah mula dah mula. Ini gua malas ni. Nak menulis/menaip bukan senang, orang tengok ni. So, dengan rasa rendah dirinya mohon abang-abang, akak-akak, obe-obe tunjuk ajar kalau ada salah. *fuhh beradabnya

*sejak sejak jadi penganggur ni laah baru rasa ada life. puihh life